SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG PANDAMARAN JAYA
Pada tahun 1968, Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Negeri Selangor telah mendirikan rumah kos rendah bagi penempatan penduduk setinggan daerah Klang. Di antara kampung setinggan yang terlibat ialah Kg. Tengah, Klang, Kg. Sungai Aur, Pelabuhan Klang, Kg. Quorantin, Pelabuhan Klang dan Kg. Sungai Keladi, Pelabuhan Klang. Sejak itu jugalah tertubuhnya Kampung Pandamaran Jaya.
Semasa
Zaman Komunis, kawasan sekitar kawasan ini dianggap “kawasan hitam”. Ia kemudian dibangunkan sebagai Kampung Baru bagi
menempatkan penduduk berketurunan Tionghoa pada Zaman Darurat. Padang
Amaran adalah nama asal yang mana terletaknya
sebuah lapangan terbang lama semasa penjajahan British dan kawasan bagi
mengasingkan kaum Tionghua dari anasir Komunis. Oleh kerana loghat bahasa
orang-orang Tionghua, nama Padang Amaran lama kelamaan bertukar menjadi
Pandamaran dan kekal sehingga ke hari ini.
Kini, kawasan Kampung Pandamaran
Jaya meliputi keseluruhan Kampung Pandamaran Jaya, Taman Chi Leong, Bandar Baru
Bukit Tinggi 1 dan Bandar Bayu Tinggi. Keistimewaan Kampung Pandamaran Jaya ini
ialah ia merupakan "Kampung Dalam Bandar". Oleh kerana itu, kemudahan prasarana
dalam ini lengkap dan teratur.
Sejak penubuhannya, Kampung
Pandamaran Jaya telah dipimpin oleh seramai empat orang ketua kampung sejak
menubuhannya. Encik Khalid bin Miron adalah Ketua Kampung pertama kampung ini
dari tahun 1968 hingga 1972. Diikuti Tuan Haji Maarof bin Baba (Ketua Kampung
kedua) dari tahun 1979 hingga 2001 dan Encik Mustafa @ Ramli bin Kam (Ketua
Kampung ketiga) dari tahun 2001 hingga 2008. Berkuatkuasa pada 1hb Ogos 2008,
Encik Abu Bakar Shaari bin Husin telah dilantik Kerajaan Negeri Selangor
sebagai Ketua Kampung Pandamaran Jaya
yang baru bagi mengepalai penduduk kampung ini untuk mengekalkan keharmonian
dan meneruskan kemajuan kampung ini.